BACK TO MAIN  |  ONLINE BOOKSTORE  |  HOW TO ORDER

TWN Info Service on Free Trade Agreements

05 April 2007


FTA Talks to Resume on 13 April 2007


Malaysia will resume Free Trade Agreement (FTA) discussions with the United States on 13 April 2007, according to Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak. The negotiation is expected to discuss all the outstanding issues, such as perceived threats to bumiputra rights and farm products.

Below is an article on the from the Utusan Malaysia headlines today.

Best wishes,
Third World Network
2-1, Jalan 31/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur

Tel: +603-2300 2585
Fax: +603-2300 2595
email: twnkl@po.jaring.my
websites: www.twnside.org.sg, www.ftamalaysia.org
--------------------------------------------------------------

FTA: Terma dipertahan -- Sambungan rundingan di Washington minggu depan – Najib

Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

KUALA LUMPUR 4 April – Kerajaan akan mempertahankan terma-terma yang berpihak kepada kepentingan negara dalam siri keenam rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang disambung semula di Washington, 13 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Kabinet hari ini.

“Kita akan sambung tetapi terma-terma itu mestilah berdasarkan kepentingan negara,” katanya pada sidang akhbar khas di Wisma Pertahanan, di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Malaysia terhadap sambungan rundingan FTA Malaysia-AS minggu depan ekoran rundingan siri kelima yang menemui jalan buntu di Kota Kinabalu, Sabah, Februari lalu.

Difahamkan, rundingan keenam ini akan membincangkan beberapa isu tertangguh yang melibatkan hak bumiputera dan produk pertanian.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan akan melindungi kepentingan negara dalam perjanjian tersebut.

Kelmarin, rundingan FTA Korea Selatan dan AS mencapai persetujuan beberapa minit sebelum tamatnya tempoh White House menggunakan undang-undang yang membolehkannya mengemukakan FTA kepada Kongres tanpa pindaan dewan itu.

FTA itu merupakan perjanjian perdagangan terbesar yang pernah dicapai oleh AS dengan mana-mana negara dalam tempoh 15 tahun lalu dan pertama membabitkan negara Asia.

Perjanjian itu dicapai berikutan rundingan 10 bulan antara AS dengan negara ekonomi ketiga terbesar di Asia ini yang tertumpu kepada isu produk pertanian dan sektor automotif.

Sementara itu, Najib yang juga Menteri Pertahanan ditanya sama ada terdapat perbincangan mengenai cadangan AS untuk menempatkan kapal terbang tentera, Global Hawk di Malaysia seperti laporan dalam sebuah majalah luar negara.

“Saya tidak tahu, tiada perbincangan setakat ini,” tegasnya.

 


BACK TO MAIN  |  ONLINE BOOKSTORE  |  HOW TO ORDER