|
TWN Info Service on Free
Trade Agreements
13 March 2007
Malay Business Group Voice Concern over US-Malaysia FTA
The Malay Businessmen and Entrepreneurs Association of Malaysia (Perdasama)
has called on the government to conduct detailed study on the implications
of the US-Malaysia FTA on the country because of the potential far-reaching
impact of the proposed agreement.
Its President, Dato' Moehamad Izat Emir voiced concern that the FTA
could spell a death-knell for local businesses as many of them would
be unable to compete with the large US companies. He is worried that
if government procurement is included in the agreement, many of the
contracts currently open to local companies will taken from them and
given to US companies who are in a better position to win the contracts.
Under the investment chapter, Malaysian companies, government-linked
corporations and public services such as water and electricity risk
being taken over by foreign companies, he said, adding that this could
lead to the recolonisation of the country.
Moehamad Izat’s comments was made in a press statement issued on 6 March
2007 and reproduced below.
Best wishes,
Third World Network
2-1, Jalan 31/70A
Desa Sri Hartamas
50480 Kuala Lumpur
Tel: +603-2300 2585
Fax: +603-2300 2595
email: twnkl@po.jaring.my
websites: www.twnside.org.sg and www.ftamalaysia.org
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
6 MAC 2007
KENYATAAN AKHBAR
FTA – PENJAJAHAN BARU EKONOMI GLOBAL
Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) perlu dilihat secara lebih mendalam
kerana perjanjian ini bukan sahaja menuntut pembukaan perdagangan secara
seluas-luasnya kepada Amerika Syarikat tetapi merupakan satu penjajahan
baru era globalisasi dalam ekonomi negara.
FTA merangkumi pelbagai perkara termasuk isu tariff, hak pelaburan,
produk, hak harta intelektual (IP), pemerolehan kerajaan (procurement),
perubatan, persaingan pasaran, alam sekitar dan tenaga buruh.
Isu bab pemerolehan kerajaan (procurement) harus dilihat secara serius
kerana ia merupakan satu peluang perniagaan yang banyak diberikan kepada
pedagang dan pengusaha tempatan. Dari pemerolehan dalam pembinaan bangunan
kerajaan, sekolah, jalan raya, pembelian peralatan pejabat sehinggalah
kepada perkhidmatan ICT is merupakan peluang perniagaan yang sentiasa
ditunggu-tunggu oleh kontraktor tempatan. Apakah nasib mereka sekiranya
FTA membuka peluang kepada kemasukan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa
yang bermodal besar? Sudah pastinya dari persaingan ini, syarikat tempatan
akan ditelan hidup-hidup dan akan gulung tikar sahaja.
Manakalan pasaran tempatan negara dalam industri Perisian ICT (software)
adalah masih baru. Pasaran tempatan masih mentah dalam perisian yang
memerlukan hak harta intelektual (IP) yang patennya perlu didaftarkan.
Jika kita mahu mendaftarkan paten ini pula, kita perlu berfikir beratus
kali kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Bayangkan jika 4 perisian
kita sebenarnya berhadapan dengan 50 perisian lain yang sama dari sebuah
syarikat gergasi ICT. Sedangkan perisian komputer kita yang digunakan
pada hari ini melibatkan pelbagai perkara termasuk mesin ATM, terminal
jualan, pengurusan inventori, perbankan, bekalan tenaga, pengurusan
terminal lapangan terbang dan pengurusan harian setiap operasi perniagaan.
Saya turut memandang serius kesan FTA dalam industri perubatan di mana
kebanyakan ubat yang dipasarkan di dalam Negara dan yang diimport dari
India
akan terjejas kerana tidak dipatenkan sedangkan harganya adalah lebih
rendah. Kos ubat yang meningkat ini
akan memberi kesan kepada pesakit-pesakit AIDs, lelah, Parkinson dan
sakit jantung. Secara tidak langsung para peniaga terpaksa menelan kos
produk ubat-ubat yang tinggi dan mungkin 10 kali ganda kerana hanya
boleh memasarkan produk yang telah dipatenkan. Malah US juga pastinya
akan menekankan peraturan farmasiutikal yang pastinya memberi impak
kepada pengeluar ubat-ubat tempatan.
Saya juga telah melihat kesan perjanjian FTA di antara US-Chile. Di
masa syarikat-syarikat antarabangsa US telah mengambil alih kebanyakan
syarikat di sektor pertanian yang menjadi nadi utama. Dengan adanya
hak pelaburan dalam FTA sudah pasti syarikat-syarikat antarabangsa akan
mengambil alih perniagaan yang melibatkan syarikat korporat negara kiat,
syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan perkhidmatan awam seperti bekalan
air dan elektrik. Secara tidak langsung sebenarnya Negara telah dijajah
semula.
Walaubagaimanapun saya percaya, kerajaan di bawah kepimpinan YAB Datuk
Seri Abdullah b Hj Ahmad Badawi akan membuat keputusan yang sewajarnya
mengenai Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dengan Amerika Syarikat.
Saya mengharapkan kebebasan ekonomi di era global ini bukan sahaja terbuka
tetapi lebih adil bagi Malaysia
sebagai sebuah Negara yang membangun berbanding dengan Amerika Syarikat
sebagai sebuah Negara maju dan kuasa besar ekonomi dunia.
Dato' Moehamad Izat Emir
Presiden
Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (PERDASAMA)
BACK
TO MAIN | ONLINE
BOOKSTORE | HOW TO ORDER
|